Sunday, August 2, 2009

Post pg ini... hehehuhuhehehehe....

Happy 'Sun-Day' to all blogger especially napoleon, malikimin'tat, ikin, mira & zue…. Normally pepagi mgu camni ak still terbongkang sambil melakar peta dunia di permukaan bantal busuk kesayanganku….Tapi ntah knp tetibe je ati aku rase melonjak2 utk me'logon kn diri di ruang blog kesayanganku ney.. Hehe…
K, arini ak teringin nk share ckt info psl satu topik yg agak menarik.(aku rase la..) erm.. Cane nk mule ek?..


K la, skg aku nk tanye korang, ape itu M.S.C?
M.S.C. means Maliki Suke makan Cabai.. Hahaha… Multimedia Super Corridor lorh… Tau tak korang berapa lame bnde ni dah wujud kt tanah air kite? Dah doblas taun dah beb… & sepanjang tempoh tu, terdapat 1,994 syarikat informasi & komunikasi ditubuhkan dengan status MSC Malaysia. Hebat kn Malaysia kita? Daripada 1,994 syarikat tersebut, lebih kurang 74% adalah milik rakyat malaysia sndiri. Kagumnye aku… Tak mustahil angka tersebut akan bertambah bukan?

Baikla, meh sini dengar abang nk cerite.. Hehe.. Sebenarnye, topik aku harini xde kene mengene pn ngn pejadah korok psl informasi & komunikasi ney.. Yang ak nk cte ialah psl sistem transaksi kewangan online yg ade kt malaysia skg .. Sebenarnya masih ramai lagi yang still ragu2 tentang kadar keselamatan transaksi online ney termasukla aku & keluarga aku sendiri… Sejak kebelakangan ni ak kerap dengar orang bercerita pasal duit dalam akaun lesap. Mungkin ade antara korang yg dah pn terkena bnde2 camni kn? Kalau amaun tu setakat 20~30sen memang xde sape pn nk hirau, tapi yg agak memeranjatkan hampir seluruh amaun yg d0wg ade kt dalam akaun tu lesap. Memang hebat la penggodam cyber kt malaysia harini. Sehebat namenye.. Huhu..


Nak dijadikan cerita, baru je semalam aku g ziarah keluarga pakcik aku. Saje datang tunjuk muke. Klu x ziarah langsung t kate aku sombong lak. Tengah dok menyembang, tbe2 pakcik aku cte lak psl wet dalam akaun dia hilang dalam sepi..(bhs omputihnye 'lost in mission silently' lah k0wt) Ape yang pasti, duit tu memang dah hilang… Amaunnye takla byk, tp cukup sangatla utk cash kan set home theater+sofa kt ruang tamu umah mak aku nih.(bole tahan la byknye…) Nsb bekla die x sempat bank-in duit untung meniaga utk aritu. Klu tak, terpakse la die pinjam ngn along, angah mahupun achik utk rolling modal niaga. Kesian tul. Keesokkan harinye die pun pegila kt bank wat report. Tp sayangnye pihak bank pn tak b0le berbuat ape2. Yela, takkan la pihak bank tu nak pulangkan lak wet die yg hilang tu kn? Rugila di0rang… Lagi satu, bnde tu mcm x logik sbb urusan pindah memindah wang secara online xla semudah a.b.c…. Maksud aku, mestila melibatkan medium ketiga mcm handphone utk dapatkan password sementara. Tul tak? Tapi ade sorang member pakcik aku pesan kat die, sekarang ni mmg wujud 3rd party yang saje wat aniaye ngn publishkan website perbankan palsu. (Jage2 lah korang)… Apearance kt homepage sume same, tapi lepas je korang insert id-password & click login, terus appeared notice 'page error'… Biasenye orang mesti akan assume yang website tu under construction @ server down@network problem & just ignore it. Tapi the actual thing xde sape pn tau. Hmm… Macam2 la dunia skg ni… Dulu time xde teknologi, kte yang susah nak wat urusan bank. Nk check gaji da masuk@belum pn kene bazir minyak n mase pegi a.t.m... Skg, ble dah ade teknologi kte jugak yg susah hati nk gunekn kemudahan yg ade. Adoyai… Ble la nk rase senang… Kepada penyangak2 yg terlibat ngn kerja2 menggelapkan duit org ni, reti2 kan la diri tu carik wet dari sumber yg sah. Sebagai contoh, register la ngn google adsense ke, bidvertiser, nufflenang ke n banyak lagila. Walaupun tak kaye, setidak2nye xdela korang menyusahkan hidup orang lain yg dah sememangnye susah. Kan? Kan? Kan? Adios!!


Tips:

1. Tlg clear kn cache internet explorer korang selepas gune online banking.(Sekadar langkah berjaga2)

Tuesday, July 28, 2009

Baru2 ni aku de masalah ckt ngn wireless connection at workplace. Masalah ni timbul sbb kedudukan wireless router tu tersangatla jauh dari lab(makmal) aku… Maka, aku cume dapat signal wireless sekadar nyawa2 ikan kembong basah je… So, aku pn try la contact member ak yg sememangnye gler dalam bidang per'PC'an ney… Die pn suggest la aku try satu bnde ney. Namenye Prolink WN2200. (die pn blm sempat beli lagi)...

Antara advantage yg de kt peranti pelik ni ialah:

  • dapat melebarkan jalur kegemilangan wireless network berbanding produk IEEE 802.11g yg biase.(yg ade kt dalam laptop korang tu la)…
  • Seswai sangat untuk mereka2 yg giler surfing, d0wnl0ad file tak berguna, online gaming mahupun video conferencing at skype or ym!...
  • Die gune sistem 802.11n (yang normal cuma ade a,b,g & I je rasenye)

Ciri2 tambahan:

  • Tak mudah karat
  • Ringan & portable
  • Dijamin tak akan pecah jika di baling (hanya pecah ble jatuh ke lantai)
  • Water proved(just for body, not include electronic inside)
  • Menggunakan sambungan USB. Just plug n play.
  • Mampu menghasilkan radiasi yang agak tinggi 'Curie'nye (Ci) ...

Harga pasaran semasa = RM135. Diulang lagi ye, RM135... (USB wireless yg biase dalam RM85) Sebenarnya tujuan aku gtau kt korang ialah supaya korang try beli dulu.. Manela tau kot2 korang terjumpa device ni kt kdai2 pc berhampiran n dpt harge lg murah ke… Aku tgh xdek budget lorh.. Klu device ni agak berpotensi, inform la kt aku ea.. Tak salah cube bnde yg baru. Barula up2date kn? Kn? Kn?

Sunday, July 26, 2009

Sejarah Influenza

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, iafrica.com/ ) Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source: bbc.co.uk/ hi/english/ health/newsid_ 489000/489385. htm ]

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]

Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison, wisc.edu/ chancellor/ yourworld/ 45.html ]

Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]